Tentang Kami

E-Access International College

building.JPG

E-Access International College yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Komputer E-Access telah ditubuhkan pada 1 April 2002 di Kulaijaya, Johor. Ia merupakan sebuah Pusat Bertauliah yang kini  beroperasi di bangunan sendiri yang beralamat  di 467-476 Jalan Kenanga 29/13, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor.

Pada awalnya E-Access International College hanya menjalankan program Automotif dan Sistem Maklumat sahaja. Tetapi kini, E-Access international College ini telah berkembang pesat menjadi sebuah pusat bertauliah yang menjalankan pelbagai program kemahiran seperti Kimpalan, Elektrik, Sistem Maklumat, Automotif dan Pegawai Latihan Vokasional. Selain menawarkan program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lepasan sekolah, kami juga menawarkan kursus secara sambilan melalui Skim Pinjaman Pekerja, program perantis SLDN, dan progam latihan pekerja di bawah skim PSMB. Semua proram yang ditawarkan adalah di bawah pembiayaan penuh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kecuali Pegawai Latihan Vokasional.

Sebagai sebuah pusat latihan yang berpengalaman dengan lebih dari 30 tenaga kerja, kami bergerak aktif dalam mempromosikan program kemahiran dan merekrut pelatih baru bagi menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir menjelang tahun 2020. Ini seiring dengan wawasan pemimpin negara kita bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di masa hadapan. Fasiliti dan tenaga pengajar kami juga sentiasa dinaik taraf bagi memenuhi keperluan tersebut.

Di E-Access International College, kami sentiasa mendengar dan berusaha bagi memenuhi keperluan latihan bagi setiap pelajar kami disamping sentiasa cuba meneroka bidang-bidang baru yang mendapat permintaan di pasaran industri.

Visi

Menjadi kolej latihan kemahiran premium yang progresif di rantau ini

MISI

Untuk menghasilkan graduan kemahiran yang berkualiti dan berkemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja negara dan rantau ini

OBJEKTIF

  • Menyediakan  tenaga mahir dalam pelbagaibidang kemahiran mengikut kehendak pasaran
  • Memastiakan semua pelatih yang tamat latihan 100% berada dalam industri
  • Menjadikan E-Access International College sebagai sebuah kampus kemahiran yang dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang terkini
  • Meningkatkan semua bidang latihan yang sedia ada ke peringkat “Diploma” dan “Diploma Lanjutan”
  • Mewujudkan sistem pengurusan yang bersistematik dan berteknologi kini.
  • Menyediakan persekitaran dan kemudahan latihan yang releven dan kondusif.