SYARAT PINJAMAN PTPK

Syarat-Syarat Pinjaman

  • Warganegara Malaysia
  • Mengikuti program latihan SKM bagi Tahap 1 hingga 3, DKM bagi Tahap 4 dan DLKM bagi Tahap 5 dan program lain yang diluluskan oleh PTPK
  • Had umur peminjam di antara 15 hingga 45 tahun
  • Tidak mendapat bantuan kewangan daripada agensi lain.
  • Belajar sepenuh masa mengikut tempoh ditetapkan.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan.
  • Mengemukakan seorang penjamin.
Syarat Peminjam bagi golongan pekerja
Peminjam yang layak memohon perlu memenuhi syarat-syarat berikut :-
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 18 hingga 45 tahun pada tarikh mula latihan;
3. Syarat pendapatan dikecualikan;
4. Hendaklah mengemukakan seorang (1) penjamin;
5. Mestilah terdiri daripada salah satu kategori pekerja seperti berikut;
a. Pekerja yang sedang bekerja; atau
b. Pekerja yang telah diberhentikan (retrenched) atau yang berhenti sendiri di bawah Voluntary Separation Scheme (VSS); atau
c. Pekerja yang bekerja sendiri.
6. Telah bekerja sekuruang-kurangnya enam (6) bulan di dalam pekerjaaan sekarang / terdahulu;
7. Keutamaan diberikan kepada pemohon yang bukan daripada golongan pengurusan dan professional;
8. Tidak dapat mana-mana tajaan / pinjaman daripada agensi kerajaan atau institusi kewangan yang lain;

Syarat-Syarat Penjamin

  • Warganegara Malaysia
  • Seorang penjamin berpendapatan bulanan tidak kurang daripada RM700 sebulan, berumur 21 tahun keatas dan tidak melebihi 50 tahun semasa pelatih memulakan latihan.
  • Jika penjamin merupakan ibu / bapa / penjaga sah/ syarat umur dan pendapatan dikecualikan.
  • Seseorang penjamin tidak boleh menjamin lebih daripada dua (2) orang pelatih kecuali ibu / bapa/ penjaga sah.
  • Tidak diisytiharkan muflis.