About

Latar Belakang

2

Pusat Latihan Kemahiran E-Access yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Komputer E-Access telah ditubuhkan pada 1 April 2002 di Kulaijaya, Johor. Ia merupakan sebuah Pusat Bertauliah Jabatan  Pembangunan Kemahiran (JPK) yang kini  beroperasi di bangunan sendiri yang beralamat  di 468-476 Jalan Kenanga 29/13, Bandar Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor.

Pada awalnya Pusat Latihan Kejuruteraan E-Access hanya menjalankan program Automotif dan Sistem Maklumat sahaja. Tetapi kini, pusat latihan yang telah ditukar namanya kepada Pusat Latihan Kemahiran E-Access ini telah berkembang pesat menjadi sebuah pusat bertauliah yang menjalankan pelbagai program kemahiran seperti Kimpalan, Elektrik, Sistem Maklumat, Automotif dan Pegawai Latihan Vokasional. Selain menawarkan program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lepasan sekolah, kami juga menawarkan kursus secara sambilan melalui Skim Pinjaman Pekerja, program perantis SLDN, dan progam latihan pekerja di bawah skim PSMB. Semua proram yang ditawarkan adalah di bawah pembiayaan penuh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kecuali Pegawai Latihan Vokasional.

Sebagai sebuah pusat latihan yang berpengalaman dengan 30 tenaga kerja, kami bergerak aktif dalam mempromosikan program kemahiran dan merekrut pelatih baru bagi menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan lebih ramai tenaga mahir menjelang tahun 2020. Ini seiring dengan wawasan pemimpin negara kita bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara maju di masa hadapan. Fasiliti dan tenaga pengajar kami juga sentiasa dinaik taraf bagi memenuhi keperluan tersebut.

Di E-Access, kami sentiasa mendengar dan berusaha bagi memenuhi keperluan latihan bagi setiap pelajar kami disamping sentiasa cuba meneroka bidang-bidang baru yang mendapat permintaan di pasaran industri.

Visi

Menjadikan sebuah pusat latihan dan pendidikan kemahiran yang bertaraf antarabangsa serta menjalinkan kerjasama dengan institusi luar negara untuk melahirkan pekerja mahir yang berpotensi seiring dengan teknologi terkini.

Misi

  • Menyediakan  tenaga mahir dalam pelbagaibidang kemahiran mengikut kehendak pasaran
  • Memastiakan semua pelatih yang tamat latihan 100% berada dalam industri
  • Menjadikan E-Access sebagai sebuah kampus kemahiran yang dilengkapi dengan kemudahan fasiliti yang terkini
  • Meningkatkan semua bidang latihan yang sedia ada ke peringkat “Diploma” dan “Diploma Lanjutan”
  • Mewujudkan sistem pengurusan yang bersistematik dan berteknologi kini.
  • Menyediakan persekitaran dan kemudahan latihan yang releven dan kondusif.

17 thoughts on “About

  1. Salam 1 Malaysia….

    Adakah pihak tuan menyewakan kemudahan bilik latihan kepada pihak lain? Untuk makluman, saya dari Berdorless Resources Sdn. Bhd Melaka; bercadang untuk mengendalikan program CCD-CIDB di daerah Kulaijaya pada 22 & 23 Feb 2015. Kumpulan sasar adalah kontraktor di daerah Kulaijaya secara khususnya dan negeri Johor amnya.

    Maklumbalas segera dari pihak tuan, amat dihargai.

    Sekian, terima kasih.

    Mohammad Razali Mamat
    Pengarah Urusan
    Borderless Resources Sdn Bhd

    HP : 011 3202 1521

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s