SKM Layak diiktiraf Sarjana, PhD Tahap 6,7

SKM Layak diiktiraf Sarjana, PhD Tahap 6,7

Sinar Harian(11 Januari 2010)

KUALA LUMPUR-Kementerian Sumber Manusia sedang berusaha memperkasa bidang kemahiran,
setanding dengan kelayakan akademik lain,dengan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 6 dan 7.
Timbalan Menterinya,Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, kelayakan tahap itu membolehkan pelajar yang mengikuti SKM layak untuk mendapatkan pengiktirafan Sarjana bagi tahap 6 dan PhD bagi tahap 7.
Menurutnya, sebelum ini,bidang kemahiran hanya menawarkan SKM tahap 1 sehingga 3,sebelum dilanjutkan tahap 4 dan 5,seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bajet 2010 lalu.
“Sebanyak 23 pusat latihan sudah diwujudkan dengan lima lagi pusat latihan yang dijangka siap, memberi peluang kepada pelajar kemahiran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
“Sebelum ini,Perdana Menteri mahu memastikan pelajar kemahiran yang mengikuti pengajian diperingkat kemahiran 4 dan 5 memperolehi diploma dan diploma lanjutan (ijazah) dalam mengisi kekokosangan 136 bidang yang terdapat dalam pelbagai sektor di negara ini”,katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Kali Pertama Gerakan Belia 4B Kawasan Rompin.Maznah yang juga Ahli Dewan Undanagan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata,SKM dilaksanakan berteraskan Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaa ‘National Occupational Skill Standard (NOSS), di mana setiap calon akan dinilai dan  disahkan memenuhi keperluan  NOSS sebelum dianugerahkan dengan Persijilan Kemahiran Malaysia.
“Mereka yang mengikuti bidang ini sama dengan kelayakan mereka yang mengikuti pengajian akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lain dengan tawaran gaji yang sama mengikut kemahiran yang mereka perolehi.
Beliau berkata,sebanyak 55 kursus turut dipertimbang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mewujudkan skim perkhimatan kerajaan bagi sektor berkenaan.
“Ini adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada mereka yang gagal melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik,tetapi mereka mempunyai potensi yang boleh digilap dalam bidang kemahiran.
“Mereka ini boleh dipanggil ‘Doktor’ dalam bidang kemahiran jika mereka berjaya mencapai tahap yang telah ditetapkan iaitu tahap 6 dan 7 bagi mencapai standard  NOSS”, katanya

4 thoughts on “SKM Layak diiktiraf Sarjana, PhD Tahap 6,7

      • okey.. nak tanya kursus ni dekat area mane je? jenis² kursus ape je yg ade? sy minat automotive. bahagian cat, nulinari, welding.. tpi yg paling bagus nak ambil.. ? yuran kalau nak masuk?

      • kolej kami terletak di kulai, johor.. kursus yang kami tawarkn ialah automotif, kimpalan, elektrik dan pengurusan pejabat.. pemilihan kursus bergantung pada minat yang adik ada.. jika berminat bahagian kereta, engin dsb boleh pilih automotif.. yuran pendaftaran adalah sebanyak rm713.. boleh bayar rm150 dahulu untuk proses pendaftaran dan bakinya dijelaskan secara ansuran dalam tempoh 12 bulan.. yuran pengajian boleh buat pinjaman PTPK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s