Kerjaya bidang IT lumayan

Harian Metro – 4 Ogos 2009 (Selasa)

Oleh : Siti Fatimah Hassan

Berdasarkan kajian Trend Pasaran Pekerjaan dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) di Asia 2007/2008 yang dijalankan ZDNet,peluang bagi professional dalam bidang itu di Negara ini masih banyak selain menawarkan kenaikan gaji sehingga 20 peratus tahun ini.

Namun, bagi pelajar bukan semua pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang itu setaraf dengan kemahiran mereka memandangkan ia dianggap kritikal serta memerlukan kelayakan yang tinggi.

Contohnya kerjaya pengaturcaraan komputer yang sering ‘digeruni ‘ pelajar kerana dianggap sukar berbanding bidang lain.

Situasi itu menyebabkan kurangnya tenaga mahir dalam bidang pengaturcaraan komputer terutama golongan Bumiputera apabila Negara terpaksa mengimport pakar dari luar.

Tanggapan di kalangan lepasan pelajar seperti ini perlu diubah kerana kita memerlukan mereka untuk menerokai bidang IT yang semakin maju ini.

Sebagai pengaturcara komputer, tugas mereka adalah membangunkan arahan serta bahasa komputer yang digunakan untuk mengendalikan komputer

Skop tugas turut merangkumi penyelesaian masalah komputer berkaitan teknikal bagi kedua-dua elemen pada sistem berkenaan.

Seorang pengaturcara mengambil rekaan jurutera perisian dan menukarkan kepada arahan komputer yang seterusnya membentuk sebuah program.

Prose situ membabitkan penggunaan kod bahasa teknikal yang berbeza merujuk kepada penggunaan sesuatu program.

Menurut Pengetua Institut Generasi Adam Govindasamy, pelajar yang memilih bidang it perlu menyahut cabaran serta menerokai bidang pengaturcara yang menjadi cabang kerjaya menarik

Memang kita lihat tidak ramai lepasan pelajar Bumiputera yang memilih kursus ini kerana tanggapan itu sudah ada dalam fikiran mereka dan pilihannya ialah mengikuti kursus lebih mudah.

 

“Selain itu, mereka tidak Nampak peluang dan prospek yang ada dalam bidang ini. Bagi saya, kerjaya dalam bidang IT sememangnya luas tetapi kemahiran dan kualiti yang ada pada graduan tidak mencapai tahapditetapkan pasaran kerja sekarang.” Katanya.

Mengenai majikan pula, mereka kebiasaannya mencari pengaturcara yang mempunyai pengalaman khusus dalam bidang berkenaan.

Walaupun ijazah adalah sangat membantu, namun majikan lebih gemar memilih mereka yang mempunyai pengalaman praktikal atau kelayakan vokasional bagi memenuhi keperluan sumber Manusia dalam bidang pengaturcaraan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s